top of page

SPRM, Kementerian Ekonomi tubuh pasukan khas pantau projek

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 18
  • 1 min read


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Ekonomi bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau projek yang diluluskan di peringkat negeri dan daerah.


Suruhanjaya itu menerusi satu kenyataan media pada Khamis berkata, langkah ini bertujuan memastikan ketelusan, mencegah ketirisan serta meningkatkan tahap tadbir urus dalam pengurusan dana awam di seluruh negara.


Antara terma utama pasukan khas ini termasuk kedua-dua pihak iaitu SPRM dan Kementerian Ekonomi akan bertukar maklumat berhubung jumlah peruntukan yang disalurkan bagi sesuatu projek.


"Pasukan khas itu diberikan mandat untuk melaksanakan pemeriksaan mengejut dan siasatan kes rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan dalam pelaksanaan projek yang diluluskan.


"Ia juga mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam Tatacara Pelaksanaan (SOP) dan menambahbaik SOP ke arah pengurusan tata kelola dalam penentuan serta penyaluran bajet, pemantauan dan pelaksanaan projek dengan lebih berkesan," kata SPRM.


Menerusi kenyataan sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengalu-alukan keseriusan dan keterbukaan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam memastikan projek kementerian dilaksanakan secara telus dan berintegriti.


Justeru jelasnya, keterbukaan dan kesungguhan itu wajar dijadikan contoh untuk Kementerian lain dan agensi,


"Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Menteri merupakan langkah penting ke arah pengurusan yang lebih cekap dan wajar dijadikan contoh kepada kementerian serta agensi lain.


"Inisiatif ini dijangka memperkukuh usaha bersama membanteras rasuah dalam sektor pembangunan dan menjamin manfaat sebenar disalurkan kepada rakyat di peringkat akar umbi," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page