top of page

SPRM jangan double standard siasat kes lompat parti, pendedahan Hamid Bador - Jingga 13


Jingga 13 Malaysia kesal dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki yang menjelaskan pihak suruhanjaya tidak boleh menyiasat ahli politik melompat parti kerana tindakan itu tidak menyalahi undang-undang.


Ketua Koordonator Jingga13 Malaysia, Fariz Musa berkata, bukan isu lompat parti yang ditimbulkan oleh mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Hamid Bador, sebaliknya wujud unsur rasuah berkaitan ahli politik melompat parti yang memerlukan SPRM menyiasat dan mendakwa mereka sekiranya wujud amalan rasuah.


"Bukan soal tiada undang-undang negara melarang melompat parti, bukan itu yang dipertikaikan.


"Sekiraya Azam Baki merujuk kes YB Natrah (Ahli Parlimen Sekijang) bahawa tidak wujud pembayaran RM10juta sepertimana disebut oleh banyak pihak. Bagaimana pula sekiranya YB Natrah bersetuju melompat dan telah melompat parti ?


"(Katakan) kalau YB Natrah ditawarkan RM10 juta lalu beliau melompat? Bagaimana pula dengan ahli-ahli politik yang sudah melompat parti? Sudahkah SPRM menyiasat akaun mereka dan ahli keluarga mereka?" tanyanya.


Fariz mengingatkan bahawa tanggungjawab SPRM adalah melakukan siasatan berdasarkan pendedahan KPN dan laporan yang dibuat oleh pemimpin politik ke atas kerajaan Perikatan Nasional.


Pendedahan serius ketika mantan KPN Hamid Bador masih dalam jawatan, katanya, tidak boleh diremehkan oleh SPRM.


"Tanggungjawab SPRM ialah melakukan siasatan kerana apa yang didedahkan oleh mantan KPN adalah sangat serius. Pendedahan tersebut dilakukan oleh beliau ketika menjawat Ketua Polis Negara, bukan seorang Ketua Kampung .


"Sikap 'double standard' tidak wajar berlaku untuk menutup amalan rasuah dalam kes lompat parti. Kalau institusi penguatkuasa rasuah menganggap remeh pendedahan mantan KPN maka kepada siapa rakyat mahu bergantung harap," katanya lagi.


NGO Jingga 13 sebelum ini aktif dalam p


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page