top of page

SPRM intergrasi teknologi AI perangi jenayah rasuah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 31
  • 1 min read


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus komited memperkukuh usaha memerangi rasuah dan ketirisan.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.


"Jenayah siber, penipuan mata wang kripto (cryptocurrency) dan penyalahgunaan AI yang menjadikan kegiatan jenayah semakin canggih, sukar dijejak serta sering bersifat transnasional.


"Kemajuan teknologi sebenarnya boleh dimanfaatkan (contohnya) dengan penggunaan AI termasuk penggunaan daripada aspek analitik data serta teknologi 'blockchain'.


"(Teknologi) 'blockchain' membolehkan rekod transaksi yang tidak boleh diubah manakala penggunaan AI dapat mengesan corak penipuan dan ketidakteraturan kewangan," katanya dalam kenyataan.


Kenyataan itu sempena ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ketiga Dalam Teknologi, Kemanusiaan dan Pengurusan (ICTHM) 2025 di Maldives.


Sementara itu tambahnya, SPRM telah melengkapkan pegawainya dengan alatan forensik yang canggih serta perisian data analitik yang pelbagai jenis termasuk menyediakan latihan khusus dalam bidang seperti kewangan, perakaunan, kejuruteraan serta teknologi.


Bahagian Perisikan, Bahagian Forensik Teknologi (BFT) dan Bahagian Analisa Kewangan (BAK) SPRM tegasnya diletakkan berada di barisan hadapan dengan kelengkapan dan kepakaran terkini untuk menjalankan forensik digital serta siasatan kewangan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page