top of page

Program Jom Shopping Raya DUN Kajang bantu ringankan beban rakyat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 1 min read
David Cheong (kanan sekali) bersama penerima Baucer Jom Shopping Raya
David Cheong (kanan sekali) bersama penerima Baucer Jom Shopping Raya

Program Baucer Jom Shopping Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor dilaksanakan bagi membantu golongan memerlukan membuat persiapan perayaan.


Ahli Dewan Negeri Kajang, David Cheong Kian Yong berkata beliau turun padang menyantuni para penerima yang hadir menebus baucer berkenaan di Econsave Jalan Reko, semalam.


Menurutnya, inisiatif tersebut membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat khususnya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.


“Program ini sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan persiapan Aidilfitri bagi golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas pelaksanaan program kebajikan tersebut yang disifatkan memberi manfaat kepada rakyat.


“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor serta Menteri Besar, Amirudin Shari, atas inisiatif yang amat bermakna ini,” katanya.


Program Baucer Jom Shopping Raya merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu golongan berpendapatan rendah membuat persiapan perayaan di samping meringankan kos sara hidup menjelang Aidilfitri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page