top of page

SPRM 'double standard' terhadap Guan Eng


Beberapa pendekatan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan proses siasatan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew disifatkan sebagai 'double standard' berbanding pendekatan yang digunakan terhadap ahli politik lain.


Pertubuhan guaman, Lawyers For Justice yang diwakili Senator Yusmadi Yusoff, Jason Ong Khan Lee dan Raveenthran V. Subramaniam berpendirian bahawa tindakan SPRM itu tidak mencerminkan hak setiap individu yang dijanjikan akan melalui proses perundangan dan perbicaraan yang adil di bawah Perlembagaan Persekutuan.


"Sebagai contoh, beliau dikenakan pakaian berwarna jingga (oren) semasa penyiasatan manakala ahli politik lain yang melalui proses tersebut tidak dikenakan pakaian sama.


"Beliau boleh diarahkan hadir di mahkamah pada hari pendakwaan sama seperti ahli politik lain dan tidak perlu dilayan sebagai banduan, penjenayah dan atau bersalah sebelum proses undang-undang dijalankan atau diperintah oleh mahkamah," menurut kenyataan pertubuhan itu.


Justeru, Lawyers For Justice menggesa SPRM supaya menjalankan proses yang telus dan bebas serta tidak pilih kasih bagi memberi keyakinan kepada rakyat yang mahukan keadilan ditegakkan.


"Kami peguam-peguam kanan daripada inisiatif Lawyers For Justice menggesa perkara-perkara sebegini diperbetulkan segera agar keadilan kepada semua pihak yang mendakwa dan terdakwa dapat dicapai.


"Pada kami 'justice is colour blind', tidak mengira pangkat, darjat apatah lagi fahaman politik.


"Malah yang lebih penting di kaca mata rakyat 'justice not only need to be done but must be seen to be done'," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page