top of page

SPRM digesa siasat Zuraida terima sumbangan RM1 juta


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya membuat siasatan terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang didakwa menerima sumbangan RM1 juta daripada syarikat pemaju hartanah yang disenarai hitam.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir mendakwa, Zuraida menerima sumbangan itu melalui NGO Pengerak Komuniti Negara (PKN) daripada sebuah syarikat pemaju bernama ECK Development Sdn Bhd yang bernilai RM 1 juta bertarikh 7 Mei 2020.


Akmal turut menyertakan dakwaan tersebut dengan gambar di akaun Facebooknya yang menunjukkan sumbangan RM 1 juta itu diserahkan sendiri oleh pengarah urusan ECK Development Sdn Bhd sambil disaksikan pengurusan tertinggi syarikat.

"Sekiranya gambar tersebut benar, kedudukan YB Zuraida sebagai Menteri KPKT menimbulkan persoalan mengenai kepentingan peribadi apabila NGO yang mengangkat gerak kerja politik beliau dan kumpulannya menerima sumbangan jutaan ringgit daripada syarikat pemaju hartanah.


"Lebih malang lagi, apabila semakan dibuat di laman sesawang KPKT menunjukkan bahawa syarikat ECK Development Sdn Bhd telah disenaraikan sebagai pemaju yang gagal membayar kompaun sehingga 8 Mei 2020," katanya.


Akmal yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru mendakwa, NGO PKN hanyalah persatuan yang terdiri daripada penyokong Azmin Ali dan Zuraida serta pemimpin yang keluar dari KEADILAN.


"PKN sebelum ini dikenali sebagai Penggerak Muafakat Nasional yang menggunakan logo ZK merupakan sebuah NGO yang kononnya membuat kerja-kerja sumbangan dan kebajikan, tetapi juga mengangkat Ahli-Ahli Parlimen yang mengkhianati parti KEADILAN.

"Ini dapat dilihat di laman-laman sosial NGO ini yang secara terang-terangan berkempen untuk 10 orang Ahli Parlimen tersebut termasuklah YB Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan penaung NGO," katanya.


Justeru, Akmal menggesa Zuraida memberikan penjelasan dan meminta SPRM menjalankan siasatan terhadap perkara itu.


"YB Zuraida seharusnya tampil memberi penjelasan kepada rakyat Malaysa dan mengesahkan sama ada NGO PKN ada menerima sumbangan RM1 juta daripada syarikat ECK Development Sdn Bhd.


"Pada masa yang sama, saya mendesak agar pihak SPRM dapat meneliti perkara ini dan memulakan siasatan yang sewajarnya dengan segera," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page