top of page

SPRM bakal panggil Daim Zainuddin



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor bakal memanggil bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pada masa sesuai.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dipetik laporan Utusan berkata, Daim tidak akan dipanggil dalam masa terdekat bagi merungkai pembelian aset dan pemilikan perniagaan di dalam dan luar negara.


"Beliau (Daim) akan dipanggil dalam masa yang sesuai," katanya dipetik.


Daim yang juga tokoh konglomerat baru-baru ini disiasat berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.


Siasatan itu disahkan Azam Baki sebagai mengulas tindakan suruhanjaya itu menyita bangunan Menara Ilham yang dikaitkan dengan bekas menteri era Mahathir Mohamad itu.


Media sebelum ini berkata, sitaan dilaksanakan selepas satu siasatan dibuka berkaitan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.

Nilai berkenaan membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6 peratus ekuiti oleh UEM Group.


Sitaan tersebut juga adalah untuk menyekat apa-apa tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page