top of page

'SPR boleh pelajari sistem pemilihan atas talian KEADILAN'



Kejayaaan KEADILAN membangunkan aplikasi pemilihan jawatan politik pertama di Malaysia diberi nama aplikasi ADIL akan membuka jalan kepada kaedah pilihan raya secara atas talian di negara ini pada masa hadapan.


Perkara itu dibayangkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.


Katanya dalam era digital, kesukaran mengundi sebagaimana dialami pengundi bangsa Johor yang berkerja di Singapura sepatutnya tidak berlaku andainya Suruhanjaya Pilihan Raya memperkenalkan sistem pengundian atas talian.


Sebaik sahaja seseorang yang layak mengundi mendaftar dalam aplikasi, maka mereka boleh mengundi di mana sahaja sebagaimana anggota KEADILAN melakukannya.


"(Aplikasi ADIL) memperkenalkan sistem pemilihan yang jauh lebih telus dan demokratik. Orang di Singapura 10 batu tak boleh pergi mengundi. Kena undi pos dengan segala kelemahan. Dalam sistem ini kita berada di mana sahaja boleh mengundi.


"Ini menunjukkan .... SPR kita akan undang selepas pilihan raya Johor untuk belajar dari pasukan Dr Zaleha (pengerusi JPP) bagaimana boleh memastikan sistem pengundian di Malaysia lebih demokratik dan telus, dan memberikan makna kepada semua mengambil bahagian dalam demokrasi," katanya.


Menurut Anwar lagi, sistem demokrasi amat perlu kepada seramai mungkin rakyat mengundi bagi mengelakkan pemenang ditentukan oleh kelompok tertentu yang didanai oleh golongan elit.


Sehubungan itu, Anwar mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada pasukan Pengarah Jawatankusa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa yang berjaya membangunkan sistem pengundian jawatan politik pertama di Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page