top of page

SPR boleh contohi pemilihan atas talian dilaksanakan KEADILAN



Pemilihan KEADILAN 2022 memperkenalkan aplikasi pengundian atas talian (PAT) buat pertama kali.


Pengenalan kaedah terkini membuang undi itu sewajarnya membuka mata pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk mencontohi aplikasi berkenaan bagi melincinkan proses mengundi terutama kepada pengundi di luar negara yang sebeum ini melakukannya melakui pos dan menghadapi pelbagai kekangan.


Calon Ketua Wanita KEADILAN Tebrau, Noraziah Mohd Razit berkata, sekiranya SPR mengoperasikan pengundian melalui aplikasi, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru baru ini, maka 200,000 pekerja Malaysia di Singapura tentunya lebih mudah menunaikan tanggungjawab dan tidak berlaku situasi hanya 9,000 sahaja yang mendaftar untuk mengundi secara pos.


"SPR perlu ambil contoh apa yang KEADILAN buat untuk lebih ke depan. Tidak perlu pengundi mengundi pos lagi. Hanya di dalam talian.


"Kalau kita mengundi dalam talian ini tentu tidak ada undi rosak kerana kita pilih mana yang kita perlu dan hantar


"SPR perlu contohi aplikasi ini untuk pengundi luar negara selepas ini," katanya dalam forum maya "Jangan Panas Bersama Sam" yang dimoderatorkan oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, malam tadi.



Mengenai pencalonan beliau bersaing jawatan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Tebrau pula, Noraziah memberitahu hal yang memotivasikannya untuk bertanding ialah gagalnya KEADILAN mengeluarkan ahli mengundi pada PRN lalu.


Menurutnya, di sesetengah tempat banyak anggota KEADILAN tidak keluar dan beliau akan cuba mengumpulkan semula kekuatan wanita parti itu sekiranya diangkat sebagai ketua wanita.


"Kita akan mendekati wanita, ahli kita. Masyarakat tentu kita akan jaga, juga ahli kita.


"Misalnya dalam PRN lepas ada kawasan kita dapati anggota 150 orang tetapi hanya 9 orang sahaja yang keluar mengundi. Jadi mana 150 orang itu?


"Inisiatif saya, selepas balik kerja hingga pukul 12 malam saya tanya ketua ranting mana ahli dia?


"Ada kata dah lompat, ada kata down. Kenapa kita sebagai cabang tidak cakna kepada ahli kita. Seperti baru ini ada kumpulan yang hantar barangan tanpa bertanya ketua ranting. Kemudian ketua ranting beritahu saya kenapa KEADILAN beri kepada orang Umno. Sebab itu ketua ranting diadakan juga ketua cabang. Di situ tempat kita jumpa anggota kita," katanya.


Bagi Noraziah, biar pun beliau baru menyertai KEADILAN pada 2020 namun beliau telah pun menjadi aktivis dan bekerja untuk parti dalam tempoh yang panjang.


Tekad beliau adalah untuk memantapkan wanita di peringkat parti, melahirkan kekuatan dalaman, sebelum menarik sokongan rakyat memberi undi kepada KEADILAN dalam pilihan raya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page