top of page

SPR benar bertanding PRK, macam mana ada parti 'haram' diundi?



Pengundi di Pilihan Raya Kecil parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diingatkan tiada calon atau parti yang haram untuk diundi pada hari ini.


Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dalam Ceramah Perpaduan Pulai - Grand Finale malam tadi mengingatkan bahawa parti parti yang telah dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding semuanya halal diundi.


Hukum 'haram' mengundi, katanya, hanya dikeluarkan oleh ahli politik yang bankrap idea dan tidak mampu melawan polisi membela rakyat yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan.


"Pada hari ini PN macam orang kena sawan. Sampai bila dia berucap, Presiden Bersatu sanggup kata dia beri ungkapan, 'kalau undi Suhaizan hukumnya haram'


"Apa guna pilihanraya? Kalau katakan satu parti yang bertanding tiba tiba boleh dikatakan haram. Ini pilihanraya, tiba tiba nak undi, dia kata haram. Kunci halal haram ni dia pegang ke?


"Sebab itu kalau sesama dia boleh label sebegitu rupa. Boleh tanamkan perasaaan benci sesama Islam, apatah lagi orang berlainan agama.


"Saya ingatkan kepada semua bangsa Johor yang aman damai pada hari ini. Orang Johor adalah orang yang bijaksana," katanya.


Ahli Parlimen Sri Gading itu juga mengingatkan fakta sejarah bahawa bahasa Melayu Johor Riau digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan pusat pengajian seluruh negara.


Oleh itu, katanya, bangsa Johor tahu pengucapan bahasa yang baik, rasional dan waras. Maka tidak perlu mereka mengundi ahli politik atau parti yang kurang rasional dalam pendekatan politik.


"Bahasa (Melayu) Johor Riau digunakan sebagai bahasa pengantar seluruh negara. Ini bahasa yang baik. Maknanya bahasa itu menunjukkan kebijaksanaan sesuatu kaum.


"Kalau bahasa itu dipilih sebagai bahasa kebangsaan bermakna kita punya pencapaian dari segi ketamadunan, kita jauh ke hadapan.


"Jadi orang Johor kena melihat pilihan yang tepat untuk meneruskan kehebatan bangsa Johor, kena kita mengekalkan pilihan dengan memilih PH.


"Kalau pilih yang lain susah jadinya," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page