SPND usaha bina lebih banyak Rumah Mesra Rakyat - Husam Musa
- Suara Keadilan
- Dec 3, 2023
- 1 min read

Kerajaan Perpaduan telah meluluskan peruntukan tambahan kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Pengerusinya Datuk Husam berkata, peruntukan tambahan itu bagi pembinaan 800 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang mana sebanyak 160 unit akan dibina di negeri Perak.
"Saya percaya SPNB akan sedaya upaya mengembangkan lagi usaha bagi membina lebih banyak lagi rumah mesra rakyat (RMR)
"Kita pastikan rakyat yang mempunyai pendapatan kurang daripada kadar yang ditetapkan boleh memiliki sebuah rumah," katanya dipetik di Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci kepada Peserta Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) Parlimen Tambun pada Sabtu.
Pada majlis itu SPNB menyerahkan 49 surat tawaran dan 10 kunci kepada pemilik rumah.
Husam sementara itu turut menjelaskan, sehingga November lalu SPNB sudah membina 5,045 unit RMR di seluruh negara.
Daripada jumlah ini jelasnya, sebanyak 3,535 unit telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pemohon.
Mengulas lanjut beliau turut menyatakan keyakinan lebih banyak usaha dan inisiatif dapat dilaksanakan sekiranya ada kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri termasuk dengan menyediakan tanah bagi pembangunan RMR dan sebagainya.
Comments