top of page

SPM: Persediaan luar jangka telah dibuat, tidak perlu ditangguh akibat banjir



Oleh: Akmal Manaf


Kritikan terhadap Kerajaan Madani yang meneruskan Ujian Lisan Bahasan Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terhadap calon yang terjejas banjir tidak wajar diteruskan kerana kerajaan tidak berkompromi mengenai penginapan, keselesaan atau ruang untuk mengulangkaji para calon di asrama yang disediakan.


Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, langkah tersebut malah proaktif kerana calon turut disediakan kaunselor Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan pembugaran emosi mereka.


Justeru katanya, sebarang isu yang timbul sama ada melibatkan emosi atau kemudahan asas, hal itu sudah berada dalam pelan luar jangka kementerian itu, sekali gus menepis segala andaian negatif dimainkan pihak pembangkang.


"Sekarang ini saya difahamkan cuma satu peratus pelajar yang terjejas akibat banjir.


"Apa-apa berlaku pun ketika peperiksaan berlangsung, pihak yang terlibat sudah bersiap sedia.


"Ini bukan soal perancangan, tetapi tentang persediaan luar jangka yang telah diambil oleh KPM," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau yang juga Setiausaha Politik Presiden KEADILAN diminta mengulas mengenai tindakan pihak pembangkang yang memainkan isu berkenaan antaranya meminta agar peperiksaan itu ditangguhkan kerana berlaku bencana.


Pada 2 November lalu, KPM memutuskan tiada keperluan untuk menangguhkan peperiksaan SPM termasuk tarikh ujian lisan ketika bencana banjir kerana perlu mengambil kira pelbagai faktor.


Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, saban tahun negara dilanda dengan bencana banjir terutama ketika Monsun Timur Laut (MTL).


Menurut Azman, KPM mempunyai mekanisme untuk menangani isu banjir terutama membabitkan peperiksaan awam khususnya SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page