top of page

Bubar Parlimen: PH Johor kecewa Umno berkeras mahu PRU musim tengkujuh



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong petang semalam menunjukkan sikap degil Umno BN yang mahu Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera dengan apa cara sekali pun.


Sehubungan itu, Pakatan Harapan (PH) Johor menzahirkan rasa kecewa terhadap kedegilan Umno BN yang tidak mempedulikan nyawa rakyat demi memastikan mereka kekal berkuasa biar pun memanggil pilihan raya pada musim banjir.


"Kami ambil maklum khabar angin atau spekulasi berkaitan pembubaran parlimen yang sedang bertiup kencang.


"PH Johor menzahirkan kekecewaan terhadap perkara ini memandangkan negara sedang berhadapan kebarangkalian musim tengkujuh yang boleh menyebabkan banjir di banyak lokasi termasuklah Johor. Perkara ini telah pun diramalkan berdasarkan fakta, data dan sains menerusi kajian Jabatan Meteorologi Malaysia


"Mengulangi pendirian, PH Johor sekali lagi menegaskan bahawa keutamaan kita pada ketika ini ialah mempersiapkan diri bagi menghadapi risiko banjir, bukan sibuk membincangkan soal kuasa dan pilihan raya," kata kenyataan PH Johor usai mesyuarat tergempar pada petang semalam di Jeram, Muar.


Biar pun menentang PRU diadakan pada musim tengkujuh, PH Johor bagaimanapun menyatakan kesiapsiagaannya andai Parlimen dibubarkan pada hari ini dan hari mengundi jatuh pada musim banjir awal November depan.


"Meskipun begitu, PH Johor akan tetap bersiap siaga sekiranya Parlimen dibubarkan bila-bila masa dari sekarang.


"Justeru, dalam memberikan fokus para petugas parti, kepimpinan segenap peringkat serta wakil-wakil rakyat PH Johor untuk berdepan musim tengkujuh, kami juga akan tetap mempersiapkan jentera parti agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran dan perlaksanaan pilihan raya," kata mereka.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi PH Johor Datuk Seri Salahuddin Ayub; Timbalan Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan; Timbalan Pengerusi PH Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Pengerusi PH Johor Liew Chin Tong.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page