top of page

'Spekulasi Azam baki berundur, Kerajaan tingkatkan reformasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • a few seconds ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bahawa beliau mungkin tidak menyambung perkhidmatan selepas ini dianggap satu perkembangan ke arah reformasi institusi negara.


Aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Syam Ghaz berkata, kenyataan mengejut Azam itu dikeluarkan susulan mesyuarat Pakatan Harapan (PH) di Kuala Lumpur malam tadi sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai kemungkinan perubahan besar dalam institusi kerajaan.


"Ini perkara kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kejutan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah iaitu (kadar ambang) e-Invois dinaikan dari pendapatan RM500,000 setahun kepada RM1 juta setahun, dan RM4 bilion dipulangkan kepada pembayar cukai daripada asal RM2 bilion sahaja


"Tindakan proaktif seperti ini kami mahukan daripada Pengerusi PH Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) dan Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP)," katanya dalam hantaran di Facebook.


Pada sidang media pagi tadi, Azam dilaporkan berkata beliau berkemungkinan tidak menyambung kontrak perkhidmatannya yang bakal berakhir pada 12 Mei tahun depan sambil menegaskan keputusan itu “terpulang kepada kerajaan”.


Pengumuman itu dilihat mengejutkan kerana dibuat secara spontan, tanpa ada kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan.


Sehubungan itu, Syam Ghaz berkata, aktivis dan anggota PH menantikan pembaharuan menyeluruh dalam agensi agensi kerajaan termasuk pelantikan pimpinan baharu yang tidak dibawa dari kerajaan sebelum ini.


Syam Ghaz turut menyentuh Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia yang dijadual dibentangkan awal 2026 sebagai sebahagian usaha memperkukuh integriti pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam.


Mengulas suasana selepas PRN Sabah, beliau menjangkakan beberapa pengumuman penting lain akan dibuat termasuk kemungkinan rombakan Kabinet serta pertukaran dalam kalangan menteri, timbalan menteri, pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ketua setiausaha dan pengarah agensi kerajaan.


Hal itu, kata beliau penting bagi menghentikan 'deep state' yang sebelum ini dianggap menyukarkan pelaksanaan hal hal tertentu yang sekian lama dinantikan rakyat.


Bagaimanapun beliau turut mengakui proses reformasi tidak mudah kerana Kerajaan Perpaduan melibatkan pelbagai parti, namun menegaskan perubahan tetap perlu diteruskan.


"Alhamdulillah, PH kembali ke landasan perjuangan asal. Ayuh kita bersama PMX dan Kerajaan Perpaduan melakukan reformasi di Malaysia," ujarnya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page