top of page

Spektrum 5G: Malaysia terlampau bijak, tubuh syarikat, pinjam RM15 bilion



Kerajaan Perikatan Nasional tidak serius membatu rakyat dalam proses meningkatkan digitalisasi.


Penganalisis ekonomi DM Analytics, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, negara tidak seharusnya membentuk syarikat baharu dalam menyediakan perkhidmatan 5G yang jelas satu kesilapan strategi dan berpotensi menambahkan hutang.


Di negara lain, katanya, perkhidmatan tersebut diswastakan dan kerajaan tidak terlibat secara langsung.


"Di Malaysia ada 6 syarikat telekomunikasi (telco). Empat ada kaitan dengan kerajaan. Kerana kita terlampau bijak, kita nak buat 5G kita tubuh satu lagi telco, 100% milik Kementerian Kewangan.


"Negara lain tak buat benda macam ini. 5G ni macam tanah cantik depan KLCC. Kita ada 6 pemaju, apa kita nak buat?


"Kita kata, aku nak jual pemaju mana nak beli? Kita punya polisi pula, kita ada tanah tetapi kita buka syarikat pemaju sendiri. Nak bangunkan tanah kita pergi berhutang.


"Kita hutang RM15 bilion. Adakah ia akan selesai isu digitalisasi, tidak. Kerana duit dah tak ada. Belanja pula benda merepek," katanya dalam forum maya anjuran Institut Darul Ehsan bertajuk "Bajet Untuk Apa Dan Siapa?".


Oleh itu, beliau menyarankan agar kerajaan Malaysia menggunakan kaedah di negara-negara lain yang menawarkan kepada syarikat swasta membekalkan perkhidmatan 5G dan kerajaan hanya menyediakan kawalan serta polisi.


"100 negara di dunia, mereka tawarkan syarikat swasta mana yang boleh buat. Kerajaan hanya kawal polisi. Kita bagi spektrum liputan ikut peratusan tertentu, kualiti tertentu. Bukan kerajaan nak ambil bahagian, nak buat syarikat telco," katanya.


Selain pengendalian perhidmatan 5G, beliau juga membangkitkan mengenai akses dan aplikasi. Katanya, negara masih lemah dalam menyediakan ketersambungan internet apatah lagi latihan penggunaan aplikasi kepada rakyat.


"Contoh di Sabah, satu dari 2 kanak-kanak tak ada akses online learning. Tak ada laptop, tak ada apa. Katakan ada. Ada satu lagi isu, penggunaan.


"4 daripada 10 kanak-kanak di Sabah tidak tahu bagaimana attach file dalam emel. Walau ada fail kecil pun mereka tak tahu nak pakai. Ini juga isu," tegur beliau.


Dr Muhammed turut tidak berpuas hati dengan geran dan pinjaman mudah yang diberi kerajaan dalam meningkatkan digitalisasi di kalangan perusahaan kecil dan sederhana .


Katanya, jumlah yang mendapat manfaat terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan syarikat di Malaysia.


"Sebenarnya kerajaan tidak serius dalam membantu digitalisasi bagi memastikan digitalisasi meningkatkan kehidupan. Sebab apa, data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini, misalnya syarikat yang dapat manfaat dari digitalisasi melalui geran atau pinjaman kerajaan.


"Kita ada satu juta syarikat kecil atau besar, yang mendapat bantuan dari segi option digitalisation services, geran atau pinjaman berjumlah 13,884 syarikat (yang dapat).


"Bermaksud dalam seratus hanya satu syarikat dapat. Dan jumlah yang diberikan RM84 juta. Bermaksud dalam erti kata lain JKOM pun dapat lebih banyak . Itu saya kata tak serius," katanya.


Sehubungan itu,beliau menyarankan agar kerajaan melihat semula polisi digitalisasi negara agar menggunakan setiap ringgit dengan bijak serta menguntungkan rakyat selepas kegagalan 1MDB yang penuh hutang.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page