top of page

Speaker terima usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin


Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff menerima usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Mei ini. Menurut Mohamad Ariff, beliau telah membalas notis yang dihantar Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. "Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli yang berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat. "...usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak," katanya dalam satu kenyataan. Ariff bagaimanapun menolak satu lagi usul dikemukakan Dr Mahathir bagi mengekalkan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sehingga akhir penggal Parlimen ke-14. Ia kemukakan Dr Mahathir mengikut Peraturan Mesyuarat 4. Namun, tidak jelas adakah usul tidak percaya itu akan dibahaskan pada sidang 18 Mei ini atau pada sidang Dewan Rakyat yang seterusnya. Setiausaha Dewan Rakyat pada 17 April lalu mengeluarkan notis kepada semua anggota parlimen mengenai sidang yang akan diadakan pada 18 Mei ini. Sidang kali ini diberitahu hanya berlangsung selama sehari. Ia juga hanya akan membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan saja. Tiada sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, usul atau kamar khas akan diadakan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page