top of page

Speaker Parlimen perlu bertemu PM tetapkan tarikh sidang Dewan Rakyat



Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun didesak untuk segera bertemu Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menetapkan tarikh persidangan Parlimen selepas Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan persidangan boleh berlangsung ketika darurat berkuatkuasa.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Azhar dalam hal ini perlu menjunjung, mempertahankan dan memelihara kebebasan serta kedaulatan kuasa Parlimen dengan mengembalikan fungsi dan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Berikutan titah Yang di-Pertuan Agong semalam, bahawa Proklamasi Darurat tidak melarang sidang Parlimen atau membatalkan fungsi dan kuasa perlembagaannya, speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun harus segera bertemu dengan Perdana Menteri Muhyiddin untuk menetapkan tarikh seawal mungkin bagi sesi persidangan Parlimen.


“Agong telah menunjukkan kesedaran yang lebih tinggi berbanding Azhar mengenai kepentingan Parlimen dan menghormati mandat pilihan raya daripada rakyat. Azhar tidak boleh sekadar duduk, goyang kaki dan menunggu perkembangan atau arahan PM yang semestinya ingin menangguhkan sidang Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah keadaan darurat adalah tindakan proaktif khusus untuk memerangi wabak, tetapi beberapa pihak keliru dan mempunyai tanggapan tidak tepat bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen daripada bersidang.


Agong bertitah demikian selepas pertemuan dengan Azhar dan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Oleh itu, kata Lim, pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pertemuan dengan Azhar dalam tempoh segera.


"Pemimpin PH meminta pertemuan seawal mungkin dengan Azhar untuk menyampaikan kepentingan mengembalikan demokrasi Parlimen," katanya.


Semalam, Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat. Darurat dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page