top of page

Speaker Dewan Rakyat tidak wajar tolak bahas Kesultanan Sulu rampas aset negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18, 2022
  • 1 min read


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini dikecam kerana menolak usul membahaskan isu rampasan aset Malaysia di luar negara oleh pewaris Kesultanan Sulu.


Bagi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kemaman, tindakan Azizan itu seolah olah membelakangi kemuliaan Dewan Rakyat yang merupakan tempat paling utama membincangkan masalah negara serta meluluskan ketetapan.


"Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan menolak usul rampasan aset negara oleh Kesultanan Sulu pada persidangan dewan pada hari ini wajar dikecam


"Tindakan tersebut amat tidak demokratik dan tidak menghormati kemuliaan Dewan Rakyat sebagai institusi yang mewakili suara rakyat Malaysia daripada ancaman kuasa asing yang cuba mencabul kedaulatan negara.


"AMK Kemaman dengan ini mendesak supaya Speaker bertindak secara profesional dan menghormati institusi Dewan Rakyat yang mulia itu," kata Unit Penerangan AMK Kemaman.


Menurut AMK Kemaman lagi, Ahli Parlimen Pakatan Harapan seharusnya lebih berperanan mendesak dewan membincangkan hal berkenaan pada masa hadapan demi kedaulatan negara.


"Pihak AMK Kemaman menggesa Ahli Parlimen PH supaya terus berperanan dalam isu rampasan aset negara ini


"Rakyat tidak akan sesekali berkompromi dengan isu-isu berkaitan kedaulatan negara. Kami selaku rakyat Malaysia sentiasa bersedia bangkit untuk membela negara yang tercinta ini," kata kenyataan itu lagi.


Dewan Rakyat kecoh hari ini selepas Speaker Azhar Azizan Harun menolak usul bagi membincangkan isu rampasan aset Petronas di luar negara oleh waris kesultanan Sulu.


Ahli ahli Parlimen pembangkang membantah keputusan Azhar untuk tidak membahaskan perkara berkenaan di Parlimen kerana subjudis.


Pembangkang berhujah perkara itu mesti dibincangkan kerana mempunyai kaitan dengan kedaulatan negara.


Bantahan berterusan menyaksikan Ahli Parlimen Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) digantung dua hari daripada parlimen.


Beliau enggan keluar dan rakan pembangkang menghalang bentara daripada mengiringnya keluar dewan.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page