top of page

Speaker Dewan Rakyat terima ijazah Doktor Kehormat Pengurusan



Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul semalam menerima penganugerahan ijazah Doktor Kehormat Pengurusan atau ‘Honoris Causa’ bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang tadbir urus, demokrasi, sains politik serta pengurusan strategik selama berkecimpung dalam politik dan kerajaan.


Dalam ucapan perutusan pembukaan Majlis Konvokesyen Yang Ke-23 UNITAR, Canselor UNITAR, Datuk Mohamed Nizam Tun Abdul Razak berkata, beliau mengiktiraf jasa bakti dan kepimpinan Tan Sri Johari terutama dalam pengurusan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.


Pada masa sama, Naib Canselor UNITAR, Tan Sri Professor Emeritus Tan Sri Datuk Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar pula menyatakan penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan itu merupakan sebuah pengiktirafan atas perkhidmatan yang cemerlang dan tidak terbilang Johari dalam pentadbiran awam serta tekad yang tinggi dalam memacu pembinaan kapasiti generasi muda.

TS Johari menerima anugerah dari Canselor UNITAR

Manakala Johari dalam ucapan penghargaan, menzahirkan kesyukuran di atas pengiktirafan UNITAR terhadap komitmennya membangun negara dan kepimpinan generasi muda Malaysia.


"Penganugerahan ini merupakan sebuah amanah yang besar kepada saya untuk terus menyumbang kembali kepada rakyat dan negara, serta berkongsi ilmu dan pengalaman yang telah saya garap selama ini demi membangun negara yang makmur dan terangkum untuk semua.


"Parlimen Malaysia akan terus menggalas tanggungjawab yang signifikan untuk memberikan suara kepada generasi muda agar aspirasi mereka didengari oleh masyarakat," katanya.


Majlis Konvokesyen Yang Ke-23 UNITAR itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan disaksikan oleh 5,000 orang hadirin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page