top of page

Speaker Dewan Rakyat akan teliti kedudukan 4 Ahli Parlimen Bersatu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 30, 2022
  • 2 min read


Status empat Ahli Parlimen Sabah yang didakwa keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih dianggap kekal dan kerusi mereka masih belum dikosongkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dipetik laporan Bernama berkata, beliau telah menerima notis pemakluman daripada Bersatu pada 27 Dis untuk memohon pengesahan bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka empat Ahli Parlimen berkenaan.


Menurut Johari, beliau akan meneliti dahulu isu dibangkitkan sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai status kesemua Ahli Parlimen terbabit.


“Saya kena teliti dahulu… keputusan mengenai kedudukan mereka akan diumumkan selepas tempoh 21 hari,” katanya dipetik.


Empat Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).


Terdahulu Ketua Bersatu Sabah,Ronald Kiandee berkata keempat-empat mereka mesti mengosongkan kerusi berdasarkan Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.


Ronald mendakwa mereka yang bertanding di bawah logo parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah ahli Bersatu.


“Tindakan menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong parti Bersatu yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin merangkap presiden Bersatu dan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang adalah ‘crossing the floor’ (beralih sokongan) dan ia melanggar janji pilihan raya mereka kepada para pengundi,” kata Ahli Parlimen Beluran itu.


Justeru tegasnya, keahlian mereka sebagai anggota Bersatu telah gugur mengikut perlembagaan parti.


Pada 10 Dis lepas, bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor memaklumkanpemimpin Bersatu Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti tersebut, namun kekal di bawah GRS.


Hajiji, yang juga pengerusi GRS, berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah, dan demi kepentingan negeri, perpaduan selain memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.


Susulan itu timbul isu sama ada empat Ahli Parlimen itu perlu meletakkan jawatan kerana mereka bertanding bukan di bawah logo Bersatu, sebaliknya GRS.


Keputusan muktamat kini berada di tangan Speaker Dewan Rakyat. Sekiranya beliau memaklumkan berlakunya kekosongan maka Suruhanjaya Pilihan Raya akan melaksanakan Pilihan Raya Kecil di kawasan yang telah berlaku kekosongan. Begitu juga sebaliknya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page