top of page

SPAN saran negeri teruskan inisiatif bantuan bersasar pengguna air domestik



Oleh: Helmi Mohd Foad


Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyarankan operator bekalan air di setiap negeri meneruskan inisiatif sedia ada dengan memberikan bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar seperti rebat untuk golongan B40.


Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, langkah itu bagi meminimumkan impak kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat susulan pelarasan tarif air yang baharu bagi pengguna domestik bermula awal bulan depan.


"Melalui semakan tarif itu, operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air.


"(Ia) seperti membina atau menaik taraf loji rawatan air, membuat penggantian paip usang, melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air sekali gus memenuhi ekspektasi pengguna," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu dalam kenyataan itu, SPAN mengumumkan pelarasan tarif air yang baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 Februari ini.


Pelarasan itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu yang dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif. Melalui pelarasan itu struktur dan komponen tarif air diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung serta Labuan dan ia akan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.


Kenyataan itu berkata pelarasan tarif tersebut tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan yang dinikmati rakyat.


"Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022," kata kenyataan itu.


Menurut SPAN, pelaksanaan pelarasan tarif air adalah berdasarkan keperluan dan permintaan Kerajaan Negeri namun Kerajaan Persekutuan melalui suruhanjaya itu akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif tersebut.


"Pelarasan tarif air yang mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan," katanya.


SPAN turut menyeru pengguna agar mengamalkan penggunaan air secara berhemat antaranya menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh suruhanjaya itu.


"Membaiki sebarang kebocoran paip dan pili air di premis masing-masing dan memasang sistem penuaian air hujan dan penggunaan air kitar semula sebagai sumber alternatif untuk kegunaan bukan minuman," saran kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page