top of page

SOSMA sepatutnya beri lebih hak kepada tahanan



Pelanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA meskipun telah diluluskan di Dewan Negara namun senator senator dari pembangkang telah pun memberi tentangan keras dalam perbahasan sebelum pengundian dibuat kelmarin.


Salah seorang senator yang lantang membantah penerusan tahanan 28 hari tanpa akses kepada peguam adalah Fadhlina Sidek.


Beliau dalam bahasnya menolak memberi begitu banyak kuasa kepada polis melakukan siasatan sedangkan tahanan tidak diberikan hak untuk diwakili.


"Melanjutkan penguatkuasaan seperti yang dibentangkan Yang Berhormat Menteri, justifikasi tahanan adalah untuk memberikan masa yang cukup bagi tujuan kualiti penyiasatan polis yang tidak terjejas dek kes yang agak kompleks.


"Di sini wujud satu persoalan. Adakah kes-kes jenayah lain mempunyai kumulatif tahanan reman yang cukup dan mengapakah hanya dikhususkan untuk SOSMA ini sahaja?


"Oleh itu, lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) ini hanya memberi kepentingan kepada penguasa dan bukanlah tujuannya untuk memberi ruang yang wajar kepada tertuduh


"Ini membawa kepada isu yang saya rasa cukup penting, iaitu berkaitan akses kepada peguam. Persoalannya, adakah akses itu diberi sebaik sahaja orang ini ditangkap atau dalam mana-mana tempoh 28 hari ini?" tanyanya.


Menurut Fadhlina, isu mendapatkan peguam untuk mewakili tahanan amat penting kerana ia merupakan hak asasi kemanusiaan dan paling fundamental.


"Saya tidak mahu dengar selepas ini mana-mana jawapan ataupun aduan berkaitan akses ini dinafikan atas alasan masih dalam siasatan, bagi tempoh polis selesaikan dahulu, atau alasan-alasan yang melengahkan akses kepada peguam ini.


"Apakah kebimbangan kita dalam isu yang bersifat autoritarian ini? Ini kerana ada elemen yang kita sandarkan kepada syak, disyaki mengganggu ketenteraman dan menggugat keselamatan negara yang sebenarnya jelas bertentangan dengan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan," sambung beliau.


Kata Fadhlina, meskipun menteri memberi jaminan di bawah SOSMA hak tahanan tidak akan dicabul namun ianya tidak dalam dibuktikan dalam aspek keadilan yang menjamin hal hak asasi individu ditegakkan.


Kehadiran peguam dalam waktu penahanan juga penting kerana boleh mengurangkan perkara tidak diingni berlaku dan setiap tahanan boleh mengadu kepada peguam sekiranya berlaku kekerasan dalam soal siasat.


Selain itu, Senator Fadhlina juga membangkitkan mengenai kematian dalam tahanan yang meningkat dan perlunya soal siasat lebih dipantau daripada memberikan polis lebih kuasa.


"Saya juga ingin mengutarakan kebimbangan berkait rapat dengan jumlah kematian dalam tahanan. Dapat kita simpulkan bahawa tahanan ini, proses ini hanya akan menjurus ke arah statistik kematian dalam tahanan terutamanya berkait dengan tahanan yang dikaitkan dengan pemerdagangan manusia.


"Sebagai tambahan, Malaysia merupakan negara tertinggi mempunyai jumlah hari tahanan tanpa dakwaan bahkan lebih tinggi daripada United Kingdom dan Australia," ujarnya.


Kata Fadhlina lagi, jika lanjutan tahanan diteruskan, bagaimana sistem kehakiman boleh dipertahankan, mengangkat ketinggian institusi kehakiman dan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan


"Keadilan yang mahu kita lihat merupakan keadilan yang meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Keadilan untuk yang ditahan, keadilan untuk memastikan Perlembagaan hidup dan mempertahankan hak Perlembagaan rakyatnya, keadilan untuk keluarga yang tertanya-tanya mengapa suami, isteri atau anak mereka ditahan tanpa perbicaraan, keadilan yang akhirnya yang memberikan keamanan kepada rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page