top of page

'Sambut Adilfitri dengan tenang, bekalan makanan mencukupi'

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan Madani memberi jaminan bekalan makanan asas negara berada dalam keadaan mencukupi hingga pertengahan tahun ini di tengah konflik Asia Barat.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata umat Islam juga boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan tenang kerana bekalan keperluan mencukupi sehingga Jun depan.


"Alhamdulillah, setakat ini bekalan seperti beras, ayam, telur, ikan, daging lembu dan kerbau, susu segar, sayur-sayuran serta buah-buahan cukup sekurang-kurangnya sehingga Mei dan Jun akan datang.


"Jadi rakyat tak perlu panik atau risau. Bang Mat nak pesan, sambutlah Hari Raya Aidilfitri dengan tenang," katanya dalam hantaran di media sosial.


Terdahulu beliau menghadiri sidang media bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.


Mohamad bagaimanapun mengingatkan rakyat agar mengikuti nasihat Perdana Menteri yang menyarankan supaya melakukan amalan jimat cermat sebagai persediaan menghadapi impak krisis Asia Barat.


Beliau menyatakan bagi bekalan beras, Kabinet telah bersetuju supaya stok simpanan negara ditambah sehingga cukup bagi tempoh sembilan bulan akan datang.


"Insya-Allah, kementerian akan terus menambah sumber bekalan makanan supaya rakyat tidak terjejas. Program Jualan AgroMADANI juga akan terus diperbanyakkan bagi membantu rakyat berjimat, dengan penjimatan antara 10 hingga 30 peratus.


"Insya-Allah, kerajaan akan terus pastikan bekalan makanan negara sentiasa terjamin, demi kesejahteraan rakyat semua," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page