top of page

SOP Tahun Baharu Cina janggal: Kerajaan PN perlu anjur kursus silang budaya



Prosedur Operasi Standard (SOP) Tahun Baharu Cina diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kurang peka terhadap budaya pelbagai kaum memerlukan kabinet menganjurkan kursus budaya kepada kakitangan kerajaan.


Perkara itu dibangkitkan oleh Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung agar perkhidmatan awam memahami keunikan kebudayaan di negara ini.


"Kesilapan Kerajaan PN menjadikan malam sebelum Tahun Baru Cina sebagai hari mengadakan makan malam bersama (reunion dinner) sesuatu yang tidak wajar.


"Walaupun ia telah diperbetulkan, tetapi ia membuktikan Kerajaan PN kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang budaya setiap kumpulan etnik di negara kita ini. Tambahan pula, Tahun Baru Cina tiada amalan perarakan tanglung. Tindakan memasukkan amalan perarakan tanglung dalam SOP yang baru dikeluarkan adalah tidak diperlukan.


"Penglibatan Jabatan Perpaduan Negera seharusnya mengetahui budaya etnik dalam menyediakan SOP tersebut, tetapi masih melakukan kesilapan. Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 60 tahun, namun pemahaman Kerajaan terhadap kepelbagaian budaya setiap kumpulan etnik masih kurang.


"Sebenarnya, kepelbagaian budaya merupakan satu aset dan kelebihan Malaysia. Saya mencadangkan agar Kabinet memulakan kursus selama 3 bulan untuk mempelajari budaya setiap kumpulan ethnik dan mengundang pemimpin akademik serta wakil-wakil pelbagai persatuan budaya memberi kursus kepada anggota-anggota kabinet agar dapat menghargai dan mengenali kepelbagaian budaya," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau juga mencadangkan supaya Badan Pentadbiran Awam Kerajaan (INTAN) yang bertanggungjawab melatih penjawat awam dapat menambah kelas kebudayaan etnik Malaysia.


Katanya, keperluan memahami silang budaya itu bertujuan memastikan sistem perkhidmatan awam yang sedia ada tidak melakukan kesalahan dalam penggubalan dasar serta inklusif dan diterima masyarakat pelbagai budaya pada masa yang akan datang.


"Di samping itu, Kementerian Komunikasi perlu membantu unit perhubungan awam untuk setiap jabatan menubuhkan biro penterjemahan bagi menterjemahkan mesej penting yang akan disalurkan kepada setiap komuniti dengan lebih berkesan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku dan mengelak negara kita dijadikan bahan ketawa masyarakat antarabangsa kerana tiada bakat yang fasih pelbagai bahasa," katanya lagi.


ADUN Semambu itu juga berpendapat, sekiranya kerajaan PN kurang bersedia untuk memberikan kursus berkenaan, KEADILAN tidak keberatan untuk menyusun kursus berkenaan.


"Ini kerana tidak kira budaya Melayu, sejarah Tionghua di Asia Tenggara, evolusi masyarakat Hindu, penduduk Asli Semenanjung atau budaya pribumi Borneo, pemimpin KEADILAN mempunyai kemampuan asas untuk melakukan komunikasi silang budaya.


"Jika kabinet menghadapi masalah, saya yakin biro Latihan KEADILAN dapat membantu," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page