top of page

SOP PKPB perlu lebih jelas, henti kelirukan rakyat


Kerajaan digesa mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) untuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan lebih jelas bagi mengelakkan lebih banyak kekeliruan di masa akan datang.


Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata pendekatan kerajaan yang sering mengubah-ubah SOP menyebabkan rakyat semakin keliru dengan apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang sama sekali.


"Apabila kerajaan tetapkan SOP, SOP itu mesti kekal sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu terpulang kepada kedudukan jangkitan tersebut.


"Tetapi apabila PKPB baru diumumkan, keliru rakyat semua, bukan sahaja rakyat, saya pasti menteri sendiri pun keliru berkenaan SOP PKPB," katanya di Dewan Rakyat.


Beliau berkata demikian ketika Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak berbahas mengenai Belanjawan 2021.


Najib menyokong kenyataan Dr Lee, malah menggesa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) supaya tidak mengelirukan rakyat.


"SOP perlu lebih jelas supaya tidak ada kekeliruan rakyat bila nak pengumuman, tapi perkara ini tidak boleh dimainkan oleh JASA ya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page