top of page

SOP ketat: Rakyat perlu kenal calon sebelum mengundi - Shamsul Iskandar



Prosedur Operasi Piawai (SOP) berkempen yang terlalu ketat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini diakui oleh calon-calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional telah membataskan peluang mereka memperkenalkan diri kepada pengundi.


Bagi calon PH DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, biar pun beliau 'orang lama' dalam politik Melaka namun katanya pengundi masih perlu beramah mesra bersama calon untuk mereka membuat pertimbangan yang rasional sebelum mengundi.


"Setakat ini, saya sudah mendekati 30 peratus pengundi. Strategi saya mendekati pengundi secara berperingkat memandangkan terdapat 14 kawasan kediaman merangkumi 15,000 pengundi.


"Kerja tidak berakhir dengan menghantar risalah. Orang ramai perlu berjumpa dan mengenali calon kerana pengundi perlu melihat siapa orang yang akan diundi.


"Untuk itu saya menggunakan trak 'wala wala' PH memasuki kawasan perumahan di mana saya akan bercakap dengan pengundi melalui pembesar suara dan diharapkan ia menggalakkan mereka keluar dari rumah untuk mendengar," katanya dipetik.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi, segala ikhtiar dan kreativiti telah dicuba dari segi kaedah alternatif untuk berkempen, termasuk menggunakan media sosial.


Namun kata beliau, DUN Paya Rumput sesetengahnya berada di lokasi luar bandar yang capaian internetnya amat terhad.


Tambah Shamsul, kaedah biasa untuk menyatakan tawaran manifesto adalah melalui ceramah atau kempen rumah ke rumah tetapi kali ini dilarang akibat Covid 19.


Oleh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya melakukan uji kaji dalam SOP kempen, kerana jika di Melaka sukar untuk berkempen secara atas talian bagaimanakah calon akan berkempen di Sarawak yang separuh lokasinya hampir tiada capaian internet.


"Melaka sepatutnya menjadi ujian yang baik kepada SPR, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan kerana keadaan sedang berubah. Terdapat idea baharu supaya mereka boleh membuat pelarasan semasa membuat persiapan untuk pilihan raya akan datang.


"Saya tidak boleh bayangkan PRN Sarawak berjalan lancar jika calon terpaksa bergantung kepada internet, kerana di Melaka pun kita ada isu ketersambungan, apa lagi di Sarawak," katanya.


Dalam perkembangan sama, Shamsul bersetuju dengan saranan Pengerusi Pakatan Harapan agar diadakan debat antara calon-calon Ketua Menteri Melaka melalui stesen penyiar rasmi kerajaan.


Katanya, sekurang-kurangnya rakyat masih boleh mengetahui apa yang ditawarkan oleh parti-arti yang bertanding dan media rasmi biasanya boleh diakses di mana-mana kawasan.


"Saya tidak nampak sebarang isu jika kita berkongsi platform untuk perbahasan. Ini akan memberi kita ruang dan peluang yang amat diperlukan untuk melontarkan idea kepada kawasan. Pengundi kita ingin tahu apakah inisiatif dan dasar baharu kita. Apa kita tawarkan kerana terdapat banyak isu di Melaka yang masih belum diselesaikan.


"Selain itu, adalah baik untuk memaklumkan kepada pengundi tentang rancangan kami (parti bertanding) supaya mereka lebih mengetahui isu-isu yang penting kepada mereka," katanya dipetik.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page