top of page

KEADILAN Bandar Tun Razak terima permohonan lima Ranting baharu

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
52 minutes ago
1 min read
Datuk Azman (tengah) menerima borang penyertaan keanggotaan baharu Ranting Bandar Tun Razak
Datuk Azman (tengah) menerima borang penyertaan keanggotaan baharu Ranting Bandar Tun Razak

Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Bandar Tun Razak menerima permohonan penubuhan lima Ranting baharu bagi memperkukuh organisasi parti serta memperluas gerak kerja di peringkat akar umbi.


Permohonan itu diterima menerusi Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak, Datuk Azman Abidin.


Lima Ranting yang dicadangkan ialah Ranting Residensi Lestari, Ranting Desa Tasik, Ranting Taman Mulia, Ranting Residensi PR1MA Alam Damai dan Ranting Jalan Budiman.


Penubuhan Ranting berkenaan diharap dapat memperluas ruang untuk parti mendekati penduduk, memahami keperluan setempat serta menyampaikan khidmat dengan lebih tersusun di kawasan masing-masing.


"Cabang Bandar Tun Razak menyambut baik usaha ahli serta penduduk yang tampil menggerakkan penubuhan Ranting baharu.


"Penglibatan masyarakat di peringkat setempat penting bagi memastikan KEADILAN terus dekat dengan rakyat dan responsif terhadap isu-isu yang mereka hadapi," kata kenyataan media Cabang Bandar Tun Razak.


Usaha memperluas rangkaian Ranting itu juga dilihat sebagai langkah memperkukuh organisasi cabang serta meningkatkan keberkesanan khidmat kepada masyarakat di Bandar Tun Razak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page