top of page

Solidariti Palestin: Pemantauan KPM langkah terbaik - KEADILAN Sarawak

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 30, 2023
  • 1 min read


Jaminan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memantau program Minggu Solidariti Palestin dipuji KEADILAN Sarawak.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, kawalan dan pemantauan ke atas program tersebut amat penting agar tidak berulang insiden pelajar dibenarkan membawa senjata mainan dan terdapatnya unsur ekstremisme dalam pengisian solidariti Palestin.


"Panduan yang jelas dan ketat ditetapkan oleh KPM juga ialah langkah terbaik untuk mengawal program tersebut supaya fokus terhad kepada keadilan, keamanan dan kemanusiaan.


"KEADILAN Sarawak yakin langkah pantas ini telah banyak mengurangkan kegusaran pelbagai pihak yang mungkin tersalah anggap bahawa KPM ingin bermain politik perkauman, keagamaan dan keganasan di semua sekolah di bawah bidang kuasanya.


"Ternyata insiden-insiden di sekolah yang viral sebelum ini adalah program di luar bidang kuasa dan kawalan KPM," kata Roland dalam kenyataan hari ini.


Beliau berpendapat, lebih telus sekiranya program tersebut dilaksanakan dengan mendapat maklum balas pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terutama di sekolah yang banyak pelajar bukan muslim


Terutama di Sarawak, katanya, yang mana program berkenaan adalah pilihan dan tidak wajib.


"Bagi Sarawak, walaupun program tersebut tidak wajib, jika masih ada sekolah yang mengadakan solidariti tersebut, semua PIBG dan pihak-pihak berkaitan mesti dibawa berbincang dan mereka mesti berani menyanggah program yang terpesong daripada tujuan dan panduan yang ditetapkan," katanya lagi.


Roland Engan berharap semua pihak bekerjasama mendidik pelajar ke arah yang lebih baik dan memahami konflik sebenar Palestin - Israel.


Katanya, tugas membendung elemen luar seperti unsur ekstremisme yang bahkan membahayakan pelajar dan masa depan masyarakat adalah tanggungjawab semua pihak.

Kommentit


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page