top of page

Solidariti Palestin: AMK anjur bicara khas kekejaman Zionis



Kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dikecam oleh seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia.


Bagi Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama (JPPA) Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, kekejaman Zionis tersebut seharusnya disedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama.


Menurut ustaz Ashraf Hadi dari JPPA AMK, satu forum diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi Israel


"Sebagai tindakan proaktif untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin, JPPA AMK Malaysia akan menganjurkan Bicara Khas pada 9 April 2023, jam 10 malam, di Facebook AMK Malaysia dan Sahabat Asatizah.


"Kita semua perlu menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin dalam menghadapi segala bentuk penderitaan. Isu Palestin adalah isu global yang memerlukan sokongan dunia untuk menyelesaikan konflik ini," katanya.


Sehubungan itu, kata Ashraf Hadi, JPPA AMK mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mempertahankan hak rakyat Palestin dan mendoakan keamanan serta kesejahteraan mereka.


"JPPA AMK Malaysia menegaskan bahawa tindakan keganasan dan penindasan terhadap rakyat Palestin harus ditolak dan dikecam.


"Marilah kita berdoa agar Allah SWT melindungi rakyat Palestin dan memberikan mereka kekuatan untuk menghadapi ujian ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page