top of page

Solidariti ke atas Rafizi, SPRM milikki semua dokumen bila pendakwaan akan dilakukan?


Siasatan ke atas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli berhubung skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sehingga telefon bimbit beliau dirampas tidak sepatutnya berakhir di situ.


Menurut mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Ching Tong, pihak berkuasa seharusnya menyiasat lebih jauh dalam kes terbabit, termasuk ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Latiff Ahmad sebagaimana didedahkan Rafizi penglibatan beliau dalam skandal LCS.


"Kami menyatakan solidariti bersama Rafizi Ramli yang telah disiasat oleh polis


"Siasatan polis adalah berkenaan butiran yang dibongkar oleh Rafizi daripada bahagian yang dipadamkan dalam Laporan Pengauditan Forensik skandal LCS.


"Sepatutnya laporan yang telah dinyahklasifikasikan harus disiarkan secara lengkap tanpa mana-mana maklumat atau bahagian yang dipadamkan.


"Hal yang seharusnya disiasat oleh polis bukannya Rafizi, tetapi mereka yang terlibat melakukan jenayah rasuah," kata mereka dalam kenyataan bersama.


Menurut kedua dua tokoh Pakatan Harapan itu, Dr Latiff dan Zainab telah dinamakan dalam Laporan Pengauditan Forensik dan mereka seharusnya dipanggil untuk membantu siasatan skandal RM 9 bilion.


Mohamad dan Chin Tong bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) bahawa Jemaah Menteri perlu mengarahkan pengauditan forensik selanjutnya dilaksana oleh BHIC ke atas Projek LCS bagi melengkapkan segala transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaan projek dari tahun 2015 sehingga kini


Begitu juga, memandangkan timbulnya isu penggunaan wang peruntukan LCS untuk pembayaran hutang lapuk New Generation Patrol Vessel (NGPV) oleh BNS, Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Berkenaan dengan 6 buah Patrol Vessel (NGPV), Integrated Logistik Support dan Commercial Package Programme oleh TLDM, kata mereka, harus dinyahklasifikasikan sama.


Selain itu, mereka mempersoalkan mengapakah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu lembab untuk mengesyorkan pendakwaan kepada Peguam Negara terhadap pihak pihak yang terlibat dalam skandal LCS.


"Sejak Laporan PAC berkenaan Projek LCS diumumkan pada 4 Ogos, disusul dengan nyahklasifikasi dua laporan yang berkaitan, SPRM seharusnya telah mempunyai maklumat dan bukti untuk menjalankan siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap individu-individu yang terlibat.


"Sebenarnya SPRM menghantar wakil ke semua prosiding PAC. SPRM juga menerima semua laporan JKSTUPKK semasa laporan-laporan ini dibentangkan dan Laporan Pengauditan Forensik berkenaan Projek LCS," kata mereka lagi.


Mereka juga mendedahkan laporan JKSTUPKK berkenaan Projek LCS dan Projek NGPV yang dibentang kepada Kementerian Pertahanan pada Ogos 2019 juga telah dipanjangkan kepada SPRM dengan serta merta.


Oleh itu tiada sebab mengapa pendakwaan sukar dijalankan. Mohamad dan Chin Tong berharap siasatan ke atas skandal LCS seterusnya dijalankan dengan segera dan secara telus.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page