Solidariti buat anggota AMK Negeri Sembilan misi GSF, ditahan Israel
- Suara Keadilan
- 3 days ago
- 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat menzahirkan solidariti terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) juga kepada salah seorang anggotanya yang turut menjadi mangsa penahanan haram rejim Zionis di perairan antarabangsa.
AMK memaklumkan bahawa Saudara Danish Nazram (gambar), anggota AMK Negeri Sembilan, merupakan antara aktivis yang menyertai misi tersebut dan telah ditahan oleh tentera laut Israel.
"Beliau telah ditahan secara tidak sah di perairan antarabangsa oleh rejim Zionis ketika berada dalam kapal Grande Blu GSF bersama sukarelawan yang lain," kata AMK dalam satu kenyataan.
AMK Malaysia menegaskan bahawa mereka berdiri teguh bersama Danish Nazram dan semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi GSF, yang membawa mesej kemanusiaan serta solidariti dunia untuk Palestin.
"Solidariti kami, AMK Malaysia bersama beliau dan semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam Misi Global Sumud Flotilla (GSF)," kata kenyataan itu lagi.
Untuk rekod, setekat ini 23 sukarelawan GSF warganegara Malaysia telah ditahan secara haram oleh tentera Israel.
Sumber Wisma Putra mengesahkan para sukarelawan itu mungkin dihantar pulang dalam waktu terdekat melalui negara ketiga.
Comments