Solidariti bersama rakyat Palestin, sokong perjuangan tuntut kebebasan - Srikandi KEADILAN


Srikandi KEADILAN Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza.
Menurut Srikandi KEADILAN, kezaliman Israel ke atas wanita dan kanak kanak yang tidak berdosa akibat pengeboman berterusan di Gaza itu tidak boleh terus dibiarkan oleh masyarakat antarabangasa.
"Kami Srikandi KEADILAN Malaysia bersatu hati dan bersama seluruh rakyat Malaysia mengutuk kekerasan yang berterusan di Palestin sehingga hari ini.
"Kami berdiri teguh bersolidariti bersama rakyat Palestin yang berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan," kata Srikandi KEADILAN dalam satu kenyataan.
Menurut sayap pemudi KEADILAN itu, rakyat Palestin tidak boleh dipersalahkan di atas serangan ke wilayah Israel kerana mereka menuntut kemerdekaan dan sebuah negara sendiri sejak tanah air mereka dirampas oleh Rejim Zionis hampir 75 tahun lalu.
"Maka kami menyeru semua pihak yang berkepentingan untuk segera menghentikan keganasan dan memulakan dialog yang bermakna untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik di Palestin.
"Hak rakyat Palestin untuk kebebasan, kesejahteraan, dan tanah air yang merdeka tidak boleh diabaikan.
"Kami menyeru semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan agama, berlainan fahaman politik serta masyarakat antarabangsa untuk bersama mendukung usaha-usaha ke arah keamanan dan keadilan di Palestin," kata kenyataan itu lagi.
Tegas Srikandi KEADILAN, konflik pada waktu ini adalah masa untuk masyarakat antarabangsa memikirkan untuk membenarkan kewujudan negara Palestin merdeka dan mencipta keamaman berkekalan di Asia Barat.
Konflik palestin - Israel masuk hari kelima hari ini. Korban di pihak Israel akibat serangan mengejut sayap bersenjata Hamas pada Sabtu lalu mencecah 1,000 orang
Manakala dilaporkan 700 rakyat Palestin terbunuh akibat pengeboman berterusan tentera Israel ke atas orang awam di Gaza.




Comments