Solidariti bersama Fuziah Salleh di mahkamah



Calon Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam, Faizul Abdul Ghani (gambar, dua dari kiri) bersolidariti bersama Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dalam menghadapi kes beliau di Mahkamah Majistret Johor Bahru, baru baru ini.


Menurut Faizul kes ke atas Fuziah telah berlarutan selama 2 tahun dan masih juga tidak selesai.


"Saya bersama-sama rakan seperjuangan saudara Jaafar Matek, Fadil, Zakaria dan Shuhaib Sabtu hadir ke Mahkamah Majistret Johor Bahru.


"Kehadiran kami untuk memberi sokongan moral kepada YB Fuziah Salleh berkaitan perbicaraan kes tuduhan penyebaran video palsu.


"Kes ini sudah berlanjutan lebih dua tahun lamanya berikutan ia tular pada tahun 2020 yang lalu," katanya.


Fuziah diwakili peguam Hassan Abdul Karim dalam menghadapi perbicaraan berkenaan.


Dua tahun lalu calon Naib Presiden KEADILAN itu didakwa menyebarkan rakaman video orang ramai menyerbu Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ) di Johor Bahru yang dimuat naik menerusi akaun FB milik beliau ketika pandemik Covid 19 mula merebak di seluruh negara .

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER