top of page

Solat Jumaat masjid Putrajaya: Jangan bezakan VIP dan jemaah biasa



Isu solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya yang tular sejak semalam terus mendapat komen dari pelbagai pihak.


Terbaharu, KEADILAN Putrajaya memandang serius video yang tular di media sosial mengenai beberapa jemaah yang hadir dilarang masuk ke perkarangan masjid namun seorang kenamaan (VIP) tiba-tiba dibenarkan memotong barisan dan masuk ke dalam masjid.


Menurut Rezwan Alias yang mewakili Biro Penerangan KEADILAN Putrajaya, tindakan pihak masjid menyediakan seumpama kuota seperti itu amat mengecewakan jemaah lain yang telah beratur dan lama menunggu.

Jemaah pertikai VIP terus masuk ke dalam masjid

"Keadilan Putrajaya berasa kecewa atas sikap dwi standard yang diberikan. Ini memberi gambaran buruk kepada institusi masjid kerana ada perbezaan layanan antara “golongan atasan” dan “golongan marahen.”


"Insiden seperti ini bukanlah perkara baru, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, di mana rakyat diminta mematuhi SOP, ada “golongan atasan” yang boleh melangar prosedur operasi standard (SOP ) dan terlepas daripada hukuman," katanya.


Beliau membawakan contoh, Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang jelas melanggar SOP apabila mengadakan “kenduri durian” biar pun tahu hal itu salah dan boleh dikompaun.


Hal itu, katanya, akan memburukkan citra kerajaan PM Ismail Sabri Yaakob yang telah pun dikecam teruk sejak berada dalam kabinet Mahiaddin Yassin.


"Justeru, kerajaan pimpinan Ismail Sabri dilihat telah gagal kerana mengulangi kegagalan kerajaan sebelum ini.


"KEADILAN Putrajaya mendesak kerajaan (mengkaji) agar operasi solat Jumaat di Putrajaya mesra kepada semua jemaah," katanya lagi.


Klip video VIP yang tidak beratur dan terus dibenarkan memasuki pintu utama masjid sejurus turun dari kenderaannya menjadi tular sejak petang Jumaat lalu.


Bagaimanapun, pihak Masjid Putra berkata terdapat sistem pendaftaran awal yang diamalkan pihak pengurusan untuk jemaah tetap yang memaklumkan jangka waktu kehadiran mereka.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page