top of page

Solat hajat, doa rakyat Malaysia iringi perjuangan umat Islam Palestin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 2 min read

Dr Zulkifli (dua dari kaka) bersama Faizal Tahir dalam majlis bacaan yassin dan solat hajat Palestin
Dr Zulkifli (dua dari kaka) bersama Faizal Tahir dalam majlis bacaan yassin dan solat hajat Palestin

Solat hajat dan bacaan surah Yaasin dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan kelmarin di Surau SMKA Putrajaya, bertujuan mendoakan perjuangan rakyat Palestin yang terus dizalimi rejim Israel dihadiri ramai jemaah.


Menurut Dr Zulkifli, penganjuran Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk Palestin dan Lubnan (#SolatHajatGaza Siri 10.0) itu adalah bersempena pelancaran Kempen #IhsanUntukPalestin. Katanya, solat hajat itu membuktikan Islam terus subur, mekar dan terjamin di Malaysia.


"Masyarakat Muslim secara istiqamah dapat mengerjakan ibadah secara berjemaah tanpa mengira latar belakang. Di samping itu kita mendoakan kebaikan kepada yang memerlukan baik di negara kita mahupun saudara kita di luar negara," kata Dr Zulkifli dalam kenyataan.


Acara berkenaan bermula dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan Yaasin serta solat hajat khusus untuk mendoakan perjuangan rakyat Palestin dalam usaha menghentikan kekejaman Zionis terhadap wilayah Gaza yang ditindas.


"Program ini akan diteruskan bagi menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia dalam mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam dan bersama-sama bersolat hajat memohon pertolongan Allah SWT bagi menyokong saudara Islam yang ditindas diberikan perlindungan dan kemenangan," katanya lagi.


Kehadiran ramai jemaah di surau tersebut serta masjid lain di sekitar Putrajaya dan seluruh negara, menunjukkan solidariti dan keprihatinan umat Islam terhadap nasib yang sedang menimpa saudara-saudara mereka di Palestin dan Lubnan.


Selain itu, selebriti Faizal Tahir yang meyertai majlis itu juga menyeru umat Islam untuk memperkasakan ilmu dan ekonomi sebagai jihad untuk mengangkat martabat ummah.


Kata beliau, kemajuan ekonomi dan kewangan umat Islam amat penting untuk menentukan kekuatan sesebuah negara dan bangsa.


Jelasnya, negara yang menguasai ekonomi akan bebas dari cengkaman kuasa asing. Penguasaan ekonomi adalah penting dengan tujuan memelihara keamanan, kemajuan dan kesejahteraan negara dan ianya tergolong dalam erti kata jihad sebenar.


Selain Putrajaya, #SolatHajatGaza Siri 10.0 turut dianjurkan antaranya di beberapa buah masjid di Sabah, Sarawak, Johor, Kuala Lumpur dan Melaka.


Majlis yang digerakkan secara konsisten sejak 2024 itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Geng Surau Putrajaya, dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page