top of page

Sokongan undi suara kekalkan Anwar PM 10



Undi suara memuluskan usul Undi Percaya ke atas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perwakilan berbahas selama hampir 5 jam.


Kaedah undi suara berbeza daripada pengundian sesi pagi melantik Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat secara undi rahsia dengan menulis nama individu dicalonkan pada kertas dan dimasukkan ke dalam kotak undi. Undian suara lebih mudah dengan anggota dewan berkata 'setuju' atau 'tidak'.


Speaker Dewan Rakyat berpendapat undi suara lebih mudah dilakukan berikutan pembangkang beranggapan usul Undi Percaya tidak perlu kerana PM telah pun mengangkat sumpah jawatan. Speaker memutuskan melakukan undi suara sebaik sahaja Datuk Seri Azalina Othman Said (BN - Pengerang) menutup perbahasan.


"Ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan, masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.


"Ahli ahli yang bersetuju kata setuju, yang tidak kata tidak


"Lebih bersuara bersetuju. Usul disetujukan," katanya.


Selepas pengumuman itu Johari menangguhkan sidang Dewan Rakyat sehingga pukul 10 esok, Selasa, 20 Disember.


Bagaimanapun, sokongan yang diterima PM Anwar boleh dinilai berdasarkan undian yang diterima oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul yang mendapat 147 daripada jumlah Ahli Parlimen kerajaan 148 orang.


Begitu juga jumlah undi yang diterima oleh Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Noor daripada BN yang mendapat sebanyak 148 undi daripada 148 jumlah Ahli Parlimen kerajaan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page