top of page

Sokongan terhadap Warisan Plus mengujakan



Sokongan rakyat Sabah terhadap Warisan Plus bagi ahli politik Semenanjung yang membantu kempen dianggap sangat mengujakan, dalam situasi negeri itu tertekan oleh kempen besar-besaran kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Menurut Naib Pengerusi DAP Selangor, Ng Suee Lim, dalam pertarungan sengit Warisan Plus melawan BN dan PN, naratif kempen yang dibawa DAP ialah peluang orang Sabah untuk memilih kerajaan yang mengotakan janji manifesto.


Katanya, rakyat juga diyakinkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyulitkan itu tidak sepatutnya berlaku jika pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal tidak diganggu gugat, dan untuk itu rakyat Sabah wajar memberi beliau peluang meneruskan khidmatnya memperbaiki tahap sosio-ekonomi.


"PRN ini sengit. Oleh itu pihak kami, Warisan-PH akan cuba sedaya-upaya berkempen sehingga hari Jumaat, 25 September bagi meraih sokongan. Setakat ini, sambutan terhadap parti Warisan boleh dikatakan baik dan memberi harapan.


"Apa yang kami tekankan sekarang ialah PRN diadakan akibat sikap puak tidak bertanggungjawab mahu merampas mandat rakyat yang diberikan kepada Shafie dalam pilihan raya lalu.


"Tanpa puak itu, tidak perlu PRN. Oleh yang demikian, langkah yang betul ialah mengembalikan sekali lagi mandat kepada Shafie Apdal dan Warisan (untuk memenuhi janji pilihan raya)," kata Ng dipetik.


Bagaimanapun menurut ADUN Sekinchan itu, beliau rasa terkilan apabila media arus perdana yang mula bebas pada era Pakatan Harapan kini kembali kepada sikap lama apabila mempropagandakan kononnya 'PN hampir pasti memenangi PRN Sabah' dalam laporan berita.


Katanya, biar pun kerajaan PN yakin menang di Sabah namun rakyat negeri itu lebih bijaksana dan mereka mahu memilih kerajaan yang mengotakan janji berbanding parti-parti yang pernah memerintah tetapi tidak mengeluarkan rakyat dari lembah kemiskinan.


"Memang Kerajaan PN amat yakin mereka boleh menang tetapi apa yang penting ialah koalisi mana yang mampu menjalankan urustadbir dengan sempurna serta memberi lebih manfaat kepada rakyat?


"Dari Mei 2018 hingga Julai 2020 pentadbiran negeri Sabah di bawah Shafie Apdal telah menjalankan tugas dengan baik. Justeru, saya tidak nampak apa-apa masalah untuk rakyat Sabah berpihak kepada Shafie pada hari mengundi nanti," katanya lagi.


Dalam tinjauan terbaharu, Warisan Plus dilaporkan mendapat sokongan padu di sebelah Pantai Timur Sabah.


Dasar Shafie memberi geran tanah kepada penduduk tempatan sangat popular kerana dasar kerajaan sebelum ini tanah dimonopoli oleh pemimpin politik dan dianugerahkan kepada pemodal besar untuk tujuan perladangan kelapa sawit, balak atau tapak komersial.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page