Sokongan PM meningkat, bukti reformasi pentadbiran disokong rakyat
- Suara Keadilan
- 5 hours ago
- 1 min read

Kajian Merdeka Centre mendapati sokongan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 55% pada tahun ini menunjukkan reformasi pentadbian yang diusahakan beliau diterima baik oleh rakyat.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN Negeri Sabah, Datin Rufinah Pengeran (gambar), sokongan berkenaan juga menjelaskan bahawa penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan memuaskan berikutan kestabilan politik sejak dua tahun lalu.
"Penarafan ini bukti bahawa rakyat semakin yakin terhadap kepimpinan Perdana Menteri dalam mentadbir negara dengan berpaksikan prinsip ketelusan, integriti dan reformasi institusi.
"Kestabilan politik serta dasar-dasar yang mengutamakan rakyat terbukti semakin meyakinkan masyarakat pelbagai lapisan di seluruh negara," kata Rufinah dalam kenyataan.
Bagi Wanita KEADILAN Sabah, katanya, peningkatan sokongan itu memberi galakan kepada mereka untuk meningkatkan lagi agenda perjuangan reformasi di negeri berkenaan.
"Wanita KEADILAN Sabah menyifatkan pencapaian ini sebagai satu indikator penting bahawa agenda reformasi yang digerakkan oleh Kerajaan Perpaduan berada di landasan yang betul.
"Ia menjadi motivasi kepada kami untuk terus memperjuangkan agenda keadilan sosial, pemerkasaan wanita serta pembangunan seimbang di seluruh negara termasuk Sabah," kata Rufinah.
Justeru, Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat itu berkata, Wanita KEADILAN Sabah akan terus berdiri teguh bersama kepimpinan Datuk Seri Anwar demi Malaysia yang lebih progresif, inklusif dan berdaya saing.
Comments