Sokongan penjawat awam lebih baik kepada kerajaan
- Suara Keadilan
- 11 minutes ago
- 1 min read

Sokongan penjawat awam semakin baik terhadap Kerajaan Madani berikutan pelbagai pembelaan yang dilakukan ke atas mereka.
Menurut Presiden KEADILAN yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kajian yang dibuat ke atas 1.4 juta penjawat awam yang majoriinya Melayu memperlihatkan peralihan sokongan lebih baik kepada kerajaan.
"Kajian diteliti bukan sahaja oleh IDE tetapi oleh seluruh rangkaian kerajaan, menunjukkan memang ada peralihan yang nyata. Dukungan tentera, polis, pejawat awam itu kepada kerajaan berubah secara agak drastik.
"Penjawat awam Melayu beralih pandangannya terjadap kerajaan," katanya.
Anwar berkata, biarpun melibatkan implikasi kewangan yang besar terhadap kerajaan namun kenaikan imbuhan termasuk gaji penting bagi meningkatkan efisien kakitangan awam.
"Penyelarasan gaji dimulakan Disember (2024), berapa implikasi RM10 bilion, tahun depan RM18 bilion. Dan saya ucap tahniah kepada penjawat awam seluruh negara yang melihat ini dengan positif dan bekerja secara lebih efisien," katanya lagi.