top of page

Sokongan padu penamaan calon bukti kerjasama PH - BN



Sokongan padu yang ditunjukkan oleh para penyokong Pakatan Harapan (PH) dan BN pada pagi tadi sewaktu proses penamaan calon di Dewan Jubli Intan Johor Bahru memberi harapan cerah kepada kempen kedua dua calon Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram.


Menurut Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan (gambar, kanan sekali), perarakan lebih seribu penyokong itu menunjukkan tanda awal positif yang boleh meningkatkan semangat jentera di peringkat akar umbi.


"Ini tanda awal positif untuk rakyat melihat bahawa Kerajaan Perpaduan telah membuktikan sokongan dan lambang perpaduan ini boleh sampai ke akar umbi.


"Pemimpin yang berada di peringkat parlimen telah menunjukkan kesepaduan yang begitu baik termasuk UMNO BN yang turut hadir.


"Presiden UMNO, Naib Presiden pun ada sama. Bahkan dari Sarawak YB Tiong, Menteri Pelancongan pun turut hadir dalam mengiringi calon kita hari ini," katanya kepada Suara Keadilan


Ahli Parlimen Sri Gading itu juga berkata, dalam hal pilihanraya rakyat Johor lebih berdisiplin dan sederhana berbanding sesetengah negeri lain, dan berharap sikap itu untuk akan membawa undi kepada PH dan Kerajaan Perpaduan yang menutamakan berbilang kaum di negara ini hidup aman damai.


Selain itu, Aminolhuda turut mengharapkan pengundi mengenang jasa Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub yang bukan sahaja berkhidmat dengan baik di DUN serta parlimennya tetapi juga di peringkat nasional.


"Saya mengimbau kepada Salahudin yang meninggalkana legasi sangat baik bukan sahaja kepada parti Amanah dan barisan kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tetapi dia memberikan keprihatinan yang sangat tinggi kepada rakyat berhubung kos hidup


"Di mana kalau kita lihat usaha beliau telah beri impak sangat baik, seperti program jualan Rahmah, Menu Rahmah dan sebagainya terus menjadi satu tanda kasih sayang pengusaha kepada rakyat


"Legasi Datuk Seri Salahuddin akan diteruskan bukan sahaja oleh kerajaan tetapi pihak swasta. Ini memberi gambaran rakyat sewajarnya bersama dengan Kerajaan Madani waktu ini," katanya.


Sehubungan itu, Aminolhuda mahu kedua dua calon di Pulai dan Simpang Jeram yang juga merupakan pegawai Salahuddin seharusnya diundi kerana mempunyai semangat bekerja kuat sebagaimana Allahyarham.


Untuk rekod Suhaizan Kaiat merupakan Setiausaha Politik kepada Salahuddin dan Nazri Abd Rahman pula adalah pegawai khas beliau di peringkat DUN.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page