top of page

Sokongan meningkat bukti ketelusan, integriti diperjuangkan PMX berhasil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 26
  • 1 min read
Junaidah Makku (kiri) aktif mengembangkan Wanita KEADILAN Sabah
Junaidah Makku (kiri) aktif mengembangkan Wanita KEADILAN Sabah

Exco Wanita KEADILAN Pusat, Junaidah Makku @ Junn berkata, peningkatan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sebagaimana kajian Merdeka Centre baru baru ini menggambarkan kepercayaan rakyat terhadap arah pentadbiran negara.


Mewakili suara wanita Sabah, Junn berkata, Wanita KEADILAN di negeri itu melihat peningkatan kepercayaan berkenaan sebagai isyarat jelas bahawa kepimpinan inklusif dan dasar-dasar pro-rakyat sedang diterima baik oleh semua golongan, termasuk wanita di luar bandar dan komuniti pedalaman.


"Kepimpinan Wanita KEADILAN Sabah akan terus memperkukuh peranan sebagai penghubung suara akar umbi dan pendukung agenda reformasi nasional, demi memastikan setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira latar kaum atau wilayah, mendapat pembelaan yang adil dan setara.


"Kami beriltizam untuk terus menjadi suara yang memperjuangkan hak wanita, keadilan sosial dan pembangunan seimbang, selari dengan semangat Malaysia Madani yang diterajui YAB Perdana Menteri," katanya yang juga Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan Sabah.


Justeru, Ketua Wanita KEADILAN Sipitang itu bertekad akan meneruskan perjuangan reformasi bagi mengangkat martabat wanita di Sabah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page