top of page

Sokongan Melayu kepada Umno jatuh 26%, PH mampu lepasi 100 kerusi



Tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno menjadi yang terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berdasarkan kaji selidik terkini melalui kaedah panggilan telefon interactive voice response (IVR), pengundi Melayu ditanya gabungan manakah yang akan diundi dan sistem mendapati Umno berada pada paras sokongan 26.7%.


"(Sedangkan) tahap sokongan pengundi Melayu menjelang PRU14 adalah 33.6% yang menunjukkan keadaan Umno BN adalah lebih parah sekarang berbanding PRU14.


"Sokongan pengundi Melayu kepada PH dan PN pula adalah hampir sama, iaitu di antara 22% ke 23%. Tahap sokongan Melayu kepada PH kali ini adalah lebih tinggi daripada PRU14," katanya dalam kenyataan petang ini.


Di samping itu, pengarah agensi tinjauan melibatkan big data itu membayangkan telah berlaku pola peralihan sokongan pengundi Melayu yang konsisten daripada BN kepada PH.


Katanya, jumlah pengundi Melayu yang belum membuat keputusan telah meningkat dari minggu lepas kepada 24%, iaitu pertambahan 4% dalam masa seminggu.


Hal itu menunjukkan lebih ramai pengundi Melayu menukar keputusan daripada mengundi Umno BN pada minggu lepas, kepada “belum buat keputusan” yang membayangkan mereka beralih kepada PH minggu ini.


"Manakala sokongan pengundi Cina dan India kepada PH telah kembali ke paras PRU14," ujarnya.


Secara keseluruhan, menurut Pengarah Pilihanraya KEADILAN itu, sokongan pengundi pelbagai bangsa ke atas PH mengatasi sokongan kepada Umno BN dan PN di semua peringkat umur.


Peningkatan paling ketara, kata Rafizi, berlaku dalam kalangan pengundi di atas 55 tahun dengan PH mendahului pada paras 36% berbanding BN – 31% dan PN –11%.


Diikuti dengan kumpulan pengundi 25 - 54 tahun di mana PH mendahului pada paras 30% berbanding BN – 22% dan PN – 18%.


"Sokongan keseluruhan pengundi muda 18-24 tahun pula adalah hampir sama bagi ketiga-tiga gabungan iaitu dalam julat 20% – 25%.


"Jika pola sokongan ini tidak berubah menjelang hari mengundi esok dan jumlah keluar mengundi melebihi 75%, PH dijangka akan dapat memenangi lebih daripada 100 kerusi Parlimen di seluruh negara," katanya.


Oleh itu, Rafizi mahu rakyat meneruskan gelombang kebangkitan dengan menyertai beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan KEADILAN PH di Ceramah Mega Grand Finale #AyuhMalaysia #KitaBoleh malam ini, 18 November 2022 di Padang MPAJ, Pandan Indah bermula 8.30 malam.


Beliau berharap pengundi akan teguh pendirian dan menterjemahkan sokongan mereka di aats kertas undi sepanjang hari esok.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page