Sokongan Luar Jangka Kepada Calon HARAPAN DUN Chembong!
- Abdul Rahim Razak
- 48 minutes ago
- 1 min read
Sokongan Luar Jangka Kepada Calon HARAPAN DUN Chembong
Calon Harapan DUN Chembong, Danish Nazran Murad menyifatkan sambutan sepanjang tempoh berkempen amat positif dengan sokongan luar jangka khususnya daripada golongan muda memberi suntikan semangat kepada beliau.
Menurut calon berusia 27 tahun itu, penerimaan masyarakat membuktikan anak muda mahukan wajah baharu yang memahami aspirasi mereka.
Danish komited membawa suara belia di samping memastikan kebajikan seluruh masyarakat terus diberi perhatian, termasuk membantu golongan tercicir untuk menerima bantuan, demi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat di DUN Chembong terus diperkasakan.
