top of page

Sokongan kukuh bantu wanita imbangi kerjaya, keluarga - Dr Wan Azizah

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
50 minutes ago
1 min read
DS Dr Wan Azizah merasmikan Gender Outlook Forum 2026 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
DS Dr Wan Azizah merasmikan Gender Outlook Forum 2026 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

Sokongan dan ruang lebih wajar perlu diberi kepada wanita berpendidikan tinggi untuk terus membina kerjaya serta berbakti kepada keluarga dan pembangunan negara.


Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kadar penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan politik ketika ini masih belum setara dan ia wajar diberi perhatian.


"Malaysia mempunyai wanita paling berpendidikan dalam sejarah negara, namun ruang untuk mereka menyumbang secara wajar masih belum tersedia sepenuhnya.


"Ini menuntut reformasi sosial yang bermula daripada rumah, dengan pembentukan keluarga harmoni dan seimbang melalui amalan berkongsi tanggungjawab," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu ketika merasmikan Gender Outlook Forum 2026 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada Khamis.


Forum anjuran Kerajaan Negeri Selangor menerusi Wanita Berdaya Selangor (WBS) itu menumpukan agenda memperkasakan wanita.


Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN sementara itu menegaskan sistem sokongan yang kukuh penting bagi membantu wanita mengimbangi tuntutan kerjaya, keluarga dan tanggungjawab sosial.


Langkah kerajaan memperkenalkan skim keselamatan sosial seperti i -Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebahagian usaha yang dilaksana bagi mengiktiraf sumbangan golongan itu dalam menguruskan keluarga.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page