Sokongan bersyarat PN kepada Ismail jadikan status SD diragui


Perakuan pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia seharusnya tidak bersyarat sebagaimana ditetapkan dalam pemakluman meminta surat Akuan Berkanun (SD) oleh Yang di-Pertuan Agong kepada setiap Ahli Parlimen.


Bagaimanapun, semalam Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin berkata sokongan Perikatan Nasional (PN) kepada Ismail dibuat dengan beberapa syarat.


Bagi mantan Pengerusi Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan, sokongan bersyarat dari PN tersebut menjadikan SD yang diberikan oleh sekurang-kurangnya 50 Ahli Parlimen diragui.


"Sokongan bersyarat oleh (PN) tidak boleh dikira sebagai sokongan. Bagaimana kerajaan boleh stabil jika syarat untuk mendapat sokongan tidak dipenuhi?" katanya dalam satu catatan di Twitter.


Beliau turut berkongsi ciapan dari netizen lain yang menunjukkan surat Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun yang menjelaskan syarat ditetapkan Istana Negara berhubung bentuk surat yang perlu ditulis Ahli-ahli Parlimen.


Perkara 4 (c) surat berkenaan meminta Ahli Parlimen menyatakan identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat untuk dilantik sebagai PM.


Semalam, Mahiaddin berkata sokongan daripada 50 anggota Parlimen gabungan itu kepada calon PM, Ismail Sabri Yaakob adalah bersyarat .


Madiaddin berkata bakal PM perlu memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.


PN juga menuntut diteruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER