top of page

Sokong titah Agong tingkat peruntukan pembangunan Sabah, Sarawak



Oleh: Abdullah Zaid


Titah Ketua Utama Negara, Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak dilipat gandakan tanpa sebarang ketirisan perlu dipenuhi.


Menurut Senator Abun Sui Anyit, sekiranya dua faktor itu diikuti maka pembangunan Sabah dan Sarawak akan maju dan tidak lagi ketinggalan berbanding Semenanjung.


"Nasihat ini diberi setelah baginda melihat sendiri pembangunan di Sabah dan Sarawak semasa Jelajah Borneo bulan September tahun 2023.


"Justeru, ini adalah selari dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa peruntukan untuk Sabah dan Sarawak perlu tinggi untuk mengejar pembangunan yang telah dikecapi di Semenanjung Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak itu, selaku Senator beliau maklum peruntukan pembangunan telah diusulkan di Dewan Negara tahun lepas.


Peruntukan untuk tahun tahun berikutnya, kata beliau, perlu tinggi sesuai dengan misi pembangunan kedua dua wilayah berkenaan.


"Semoga Kerajaan Madani Malaysia dan Kerajaan Sarawak dan Sabah sama-sama berganding bahu melaksanakan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ini terutama mengatasi ketirisan dalam membangunkan Sabah dan Sarawak.


"Seterusnya Sabah dan Sarawak pasti akan maju dengan rancak dan pantas lagi sekiranya titah nasihat Agong ke -16 ini diikuti," ujarnya.


Semalam, Al-Sultan Abdullah menamatkan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 setelah genap lima tahun menjadi ketua negara sejak 24 Januari 2019.


Seri Paduka akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula hari ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page