top of page

Sokong SPRM siasat skandal jual tanah kerajaan Pas T'ganu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 25, 2023
  • 1 min read


Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kerajaan Pas Terengganu berikutan skandal penjualan tanah kerajaan dengan harga murah kepada sebuah NGO pro Pas disokong oleh KEADILAN Kemaman.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, SPRM amat perlu meneliti isu penjualan tanah itu kerana terdapat unsur kronisme yang merugikan hasil negeri dalam penjualan tersebut.


"Berhubung pengesahan pihak SPRM mengenai siasatan penjualan tanah kepada NGO milik isteri Menteri Besar (Terengganu), KEADILAN Kemaman menyokong penuh pembukaan kertas siasatan terhadap tersebut.


"Memetik laporan yang dikeluarkan Utusan Malaysia, mengesahkan bahawa kertas siasatan sudah dibuka dan berberapa saksi telah dipanggil termasuk kakitangan Kerajaan Negeri.


"KEADILAN Kemaman menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahmad Nadhir lagi, KEADILAN Kemaman juga sentiasa menjujung kebebasan dan kedaulatan undang-undang negara selaras dengan hal yang termaktub di dalam Rukun Negara dan juga aspirasi Malaysia Madani.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page