Sokong Muhyiddin: Ahli Parlimen Sekijang lapor individu cuba beri sogokan ke SPRM



Tidak sampai 24 jam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan menafikan mereka dijadikan 'senjata politik' bagi menguatkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional, Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail membuat laporan SPRM mendakwa beliau cuba disogok oleh dua individu.


Menurut Natrah, laporan tersebut dibuat berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melaporkan tawaran suapan kepada pihak berkuasa.


"Hari ini saya membuat satu laporan kepada pihak SPRM berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut.


"Kejadian itu telah berlaku pada 3 Mac lalu dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.


"Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Natrah Ismail

Dalam pada itu, Natrah mengulangi ikrarnya sebelum ini tidak akan sama sekali memberikan sokongan kepada PM Muhyiddin Yassin dan mengkhianati perjuangan Reformasi yang didukungi sejak dia dekad lalu.


"Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya tidak mahu mengkhianati Parti Keadilan Rakyat, pimpinan, dan yang terpenting pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.


"Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN atau pembangkang amnya, berhentilah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk," katanya lagi.


Justeru beliau memberi amaran kepada kerajaan minoriti PN bahawa hanya ada satu kata dalam kamus perjuangan politiknya, iaitu “Lawan!”

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio