top of page

Sokong PKP penuh dengan syarat utamakan kos hidup rakyat - PH


Pakatan Harapan (PH) menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown namun mengemukakan beberapa syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Menurut kenyataan Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH), PKP penuh kerajaan memberi bantuan sara hidup kepada rakyat dan hal itu perlu diutamakan.


"Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH mengambil pendirian konstruktif dengan menyokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari dari 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.


"Namun persetujuan itu kami capai dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi pihak kerajaan," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, bantuan makanan asas dan elaun kehidupan perlu diutamakan bagi memastikan keselesaan hidup rakyat sepanjang 2 minggu PKP berkenaan.


"Kerajaan sepanjang PKP perlu beri bantuan one off kepada golongan B40 dan M40. Laksanakan moratorium pinjaman bank selama 3 bulan


"TNB juga perlu beri rebat elektrik. Pastikan bekalan barangan keperluan harian yang mencukupi dan harga barang tidak naik.


"Selain itu, kerajaan perlu pastikan penghantaran barang keperluan ke destinasi tidak terhalang dan laksanakan bantuan bakul makanan kepada rakyat memerlukan," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Hassan Abdul Karim (KEADILAN), Datuk Hj Hassanuddin Mohd Yunus (Amanah), Chong Chieng Jen (DAP), Natrah Ismail (KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP), Chan Foong Hin (DAP) dan Cha Kee Chin (DAP).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page