top of page

'Sokong PH, yang penting minyak murah, dapat SARA, STR'

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 2 min read
Dr Maszlee dalam temubual santai bersama Suara Keadilan di sebuah restoran semalam
Dr Maszlee dalam temubual santai bersama Suara Keadilan di sebuah restoran semalam

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menolak tanggapan beliau merupakan calon ‘luar kawasan’ dengan mengimbau zaman remajanya membantu keluarga menjual mee goreng dan ikan bakar di pasar malam kawasan sekitar.


Beliau berkata, tanggapan bahawa beliau meninggalkan parlimen Simpang Renggam yang pernah dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum 2018 timbul kerana ada pihak yang menyangka beliau anak jati kawasan itu, sedangkan kampung halamannya berada di Johor Bahru.


"Ada (orang) yang tak tahu, kata saya tinggalkan Simpang Renggam.... (tidak tinggalkan) saya merupakan Ketua Cabang di sana, tapi kalau nak tanya kampung, inilah kampung saya (Johor Bahru).


"Zaman remaja dulu, kalau ada pasar malam memang saya akan berniaga di situ. Masa umur 17 atau 18 tahun, saya buat kerja macam awak juga (merujuk kepada peniaga) jual mee goreng dan ikan bakar.


"Tebrau dan Taman Daya ini memang tempat saya membesar dan bermain, jadi ini bukan kawasan asing bagi saya," katanya dalam temubual santai bersama Suara Keadilan.


Beliau ditemui di sebuah restoran selepas menyantuni pengundi di DUN Puteri Wangsa.


Menceritakan lebih lanjut mengenai perjalanan kempennya, calon berusia 51 tahun itu memuji sikap profesional dan berhemah rakyat Johor yang tetap menyampaikan pandangan serta perbezaan pendapat dengan cara yang baik dan beradab.


"Alhamdulillah ini ‘style’ kita orang Johor. Orang Johor ini dia tak setuju pun, dia cakap baik-baik.


"Tapi secara keseluruhannya dalam kalangan yang kita jumpa di masjid-masjid, respon (mereka) positif.


"Sebab mereka kata calon lain tak boleh datang masjid, kalau menang pun mereka tak akan datang masjid (sebab seorang sahaja wanita Islam, yang lain bukan beragama Islam).


"Saya bilang (kata), kalau saya menang, saya nak pergi mana lagi, memang masjid lah (tempatnya)," kata beliau.


Dalam pada itu, mantan Profesor Universiti Islam Antarabanagsa Malaysia itu turut mengakui terdapat segelintir penduduk yang secara terbuka memaklumkan parti pilihan mereka.


Namun ujarnya perkara itu perlu ditangani dengan sikap profesional dan saling menghormati perbezaan pandangan politik.


"Saya cakap kepada dia, tak kisah sokong atau tak parti saya, yang penting minyaknya (pada kadar) RM1.99 seliter.


"Saya kata kalau di Singapura mencecah RM10 seliter. Kemudian, dalam kad pengenalan kita ada RM100 tak? (bantuan SARA). Jawab dia ada.


"Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dapat? Dia jawab dapat setiap bulan. Itu tandanya apa? Saya kata Presiden parti saya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tak ambil gaji bekerja demi memastikan benda itu (bantuan) dapat kepada pakcik.


"Dia kata yang baik kita setujulah. Saya kata setuju, sokonglah. Lagi satu saya kata tengoklah PM Anwar kita, beliau kerja pagi, petang, siang, malam nak pastikan minyak tidak naik, diesel turun dan rakyat dapat bantuan," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page